Terima kasih keluarga Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi, UTeM
Title
Terima kasih keluarga Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi, UTeM
Description
Terima kasih keluarga Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi, UTeM. Mohon maaf atas segala..
Dalam Kaca Aku Berkaca
Dulu ku pernah..berkaca
Berkaca di dalam kaca
Kini aku berkaca lagi
Diri itu juga berkaca lagi
Ku lihat jiwa jiwa berkaca
Dalam cerminan pantulan berkaca
Dalam biasan menyerak kaca
Ku tersenyum dengan jiwa yang tangis
Arca itu terseyum dalam tangis
Lantas diam..
Ku tanya mengapa arca kenapa diam
Diamnya dalam kaca berkaca
Pantas aku berkata
pada arca diri yang berkaca
Jangan diharap pada manusia
Walau berharta berkuasa mendabik dada
Hakikat nya tidak berdaya papa kedana
Ditipu Iblis Nafsu Fatamorgana
Kalau diharap insan yang hina
Diri pasti kecewa terus berkaca
Harapnya hanya pada yang Esa
Zat Tunggal Maha Perkasa
Pemilik Sanya Alam Buana
Kalau dilutut disujud penuh daya
Lenyap kecewa timbul cahaya
Dalam berkaca pasti bahagia
Diri kan rasakan syurga
Dengan rahmat yang maha Esa
Bahagia itu selama
Tiada berkaca hanya bahagia selama
Pesan bait baik kata
Makrifat diri makrifat yang Maha
Ingat di dunia yang Fana
Hakikat diri hanya Kelana
(Nukilan Al Faqir 1445)
Date
Language
Malay
Local URL
https://www.facebook.com/watch/?v=719283016795013
Collection
Citation
“Terima kasih keluarga Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi, UTeM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 17, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/547.