Kunjungan Hormat ke Universiti Malaysia Sarawak

Title

Kunjungan Hormat ke Universiti Malaysia Sarawak

Description

Ke pekan rabu membeli kelapa
Sangat suainya melepas dahaga
Sekian waktu tidak berjumpa
Hangatnya persahabatan tetap terjaga
Terima kasih Sahabat Vice Chancellor Universiti Malaysia Sarawak kerana sudi terima kunjungan kami petang tadi walaupun sibuk mengemas pejabat.
Didoakan yang terbaik kepada Kekanda yang telah menjadi VC sekiannya waktu adinda dilantik dahulu dan masih VC sehingga kini. Semoga Allah terima semua sumbangan dan pengorbanan Dato’ sebagai amal soleh, amin
Selamat maju jaya, direzkikan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan atas apa jua yang Dato’ usahakan, InsyaAllah.
Sahabat yang baik yang menjadi cermin kepada yang lain agar mendapat naungan Allah pada hari kiamat nanti seperti mana di dalam hadis Nabi saw:
“Dua orang laki-laki yang saling mencintai kerana Allah; mereka tidak bertemu kecuali kerana Allah dan berpisah kerana Allah.”
[HR Bukhari 620].
Usaha Taqwa Mulia
#vcuitm7
#uitmdihatiku
#MalaysiaMadani

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/369191362300332

Files

Collection

Tags

Citation

“Kunjungan Hormat ke Universiti Malaysia Sarawak,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/548.

Output Formats