Konvensyen Madani 2024

Title

Konvensyen Madani 2024

Description

Alhamdulillah pada Jumaat yang lepas, 16 Zulkaedah, 24 Mei 2024 bertempat di Ayer Keroh, Melaka, saya telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja bertajuk, “Teknologi dan Media Sosial Dalam Membentuk Minda Madani”.

Terima kasih di ucapkan kepada Kerajaan Negeri Melaka di atas jemputan melalui Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) yang menganjurkan Konvensyen Madani 2024 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Berkongsi sedikit kefahaman tentang prinsip dan nilai yang menjadi asas kepada masyarakat Madani, meneroka strategi dan amalan terbaik untuk memupuk kehidupan bersama secara aman dan penglibatan inklusif serta kolaborasi antarabangsa di peringkat global.

Syukur dapat bertemu dengan guru-guru lagenda yang telah mengesan kefahaman yang menjadi pegangan dalam kehidupan ini. Berkesempatan juga menziarahi seorang lagi guru, Mantan Mufti Melaka, semoga Datuk Wira direzekikan kesihatan dan kesembuhan untuk terus beramal dan mencurahkan ilmu, amin.

Globally Renowned, Locally Rooted.

Usaha Taqwa Mulia

#vcuitm7
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#UiTMdiHatiku

Date

Language

Malay

Identifier

465186649367469

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/465186649367469

Files

Collection

Tags

Citation

“Konvensyen Madani 2024,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/664.

Output Formats