Program Enviro Cycling 2024

Title

Program Enviro Cycling 2024

Description

Semalam pada 26 Mei 2024, tahniah di ucapkan kepada Rakan Alam Sekitar (RAS) UiTM Student Chapter dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang telah menganjurkan Program Enviro Cycling 2024. Program ini turut melibatkan kerjasama di antara Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta MAHSA Universiti ini telah dilaksanakan di Paya Indah Wetlands, Dengkil. Program ini telah diadakan bersempena dengan Hari Bumi 2024 yang telah disambut pada 22 April 2024 yang lalu serta turut bertujuan mempromosikan kempen Larangan Pembakaran Terbuka kepada orang awam.

Program ini melibatkan lebih 200 peserta yang terdiri daripada ahli Rakan Alam Sekitar di kalangan pelajar UiTM, MAHSA Universiti serta orang awam yang menyertai kayuhan sejauh 20 KM dan 5 KM. Program kayuhan ini turut disertai oleh Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik. JAS, Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon. Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menamatkan juga 20 km bersama Pengarah Perhubungan Korporat dan Kerajaan serta Pembangunan Perniagaan Universiti MAHSA, YBhg. Dato’ Wahadaniah binti Abdul Wahab.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAS. Beliau menyeru agar semua dapat memahami akan kesan buruk yang disebabkan pembakaran terbuka dan sentiasa membudayakan gaya hidup lestari bagi mendorong perubahan mampan dan menyokong komitmen kerajaan dalam mengurangkan jejak karbon dalam usaha Malaysia mencapai agenda Sustainable Development Goals 2030 (SDG2030).

Rakan Alam Sekitar UiTM Student Chapter

Globally Renowned, Locally Rooted.

Usaha Taqwa Mulia

#vcuitm7
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#UiTMdiHatiku
#HariBumi2024

Date

Language

Malay

Identifier

465347652684702

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/465347652684702

Files

Collection

Tags

Citation

“Program Enviro Cycling 2024,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/665.

Output Formats