Closer Ties With Malaysian Embassies Around The World Are Essential For Improving UiTM'S Visibility.

MALAYSIAN EMBASSIES_3.jpg
MALAYSIAN EMBASSIES_1.jpg
MALAYSIAN EMBASSIES_2.jpg
MALAYSIAN EMBASSIES_4.jpg

Title

Closer Ties With Malaysian Embassies Around The World Are Essential For Improving UiTM'S Visibility.

Description

My academic visit to Canada began with a courtesy call to Her Excellency Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin at the Malaysian Hall. With over 27 years of experience in diplomatic affairs and international relations, Her Excellency Datin Paduka Anizan was appointed Malaysia's Deputy Permanent Representative to the United Nations up until 2012 and is currently the High Commissioner to Canada; a position that she has held since September 2021.
We believe that establishing close relationships with the Malaysian embassies abroad would not only help expand our international networking but also strengthen our cooperation with global universities and industries. Seeing that diplomatic relations between Malaysia and Canada have been established since 1957, the existence of the Malaysian High Commissioner's Office & Malaysian Hall in Canada would make bilateral cooperation between institutions in the two countries that much easier.
During the meeting, I also had the opportunity to discuss student mobility, matching grants, and international business programmes with Dr. Betina Appel Kuzmarov, Associate Vice President (International), and Ms. Ridhima Peravali, International Outreach Manager from Carleton University. Alhamdulillah, this initiative has the support of Her Excellency Datin Paduka Aniza, which will present greater opportunities for Malaysian students, especially those from UiTM.
Meanwhile, I was delighted to meet up with Wan Yusmilatun Wan Yusoff, a UiTM culinary alumni from 2013. Ms. Yus is currently working at the Malaysian Hall in Canada. I wish to thank Her Excellency Datin Paduka Anizan, Ms. Wan Intan Safinaz Wan Mohd Yusof, Ms. Yus, and the officers for their warm and generous hospitality.
O' Allah, You have blessed us with rizq (sustenance) to manage MoUs with foreign institutions. Therefore, instil in us the spirit to keep our promises. O Allah, please ease every plan, every move, and every action so that we can achieve our goal of becoming a better ummah and nation. The knowledge we (UiTM delegations) attain is a gift and blessing from You. May the training series and international networking programmes we attended in preparation for "UiTM Next Phase" be known worldwide. 

HUBUNGAN ERAT DENGAN KEDUTAAN MALAYSIA DI LUAR NEGARA PENTING UNTUK PERTINGKATKAN KETAMPAKAN UiTM.
Lawatan kerja saya di Kanada dimulakan dengan kunjungan hormat ke atas Puan Yang Terutama Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin di Rumah Malaysia. Berpengalaman luas lebih dari 27 tahun dalam hal ehwal diplomatik dan hubungan antarabangsa, beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke PBB sehingga 2012. Beliau sekarang menjalankan tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada sejak pelantikannya pada September 2021.
Hubungan erat dengan kedutaan Malaysia di luar negara penting dalam usaha kita menjayakan misi pengantarabangsaan UiTM supaya kerjasama UiTM dengan universiti dan industri global dapat diperkukuhkan. Dalam hal ini hubungan diplomatik antara Malaysia dan Kanada telah terjalin sejak 1957 melalui Pejabat Pesuruhjaya Tinggi & Rumah Malaysia di Kanada akan memudahkan dan menggalakkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.
Semasa pertemuan diadakan saya juga berkesempatan mengadakan perbincangan dengan Dr Betina Appel Kuzmarov, Naib Presiden Bersekutu (Antarabangsa) dan Puan Ridhima Peravali, Pengurus Seranta Antarabangsa dari Carleton University dalam aspek mobiliti pelajar, geran sepadan dan program perniagaan antarabangsa. Alhamdulilah, inisiatif ini mendapat sokongan dari PYT Datin Paduka Aniza yang bakal meluaskan lagi peluang pengantarabangsaan untuk pelajar Malaysia, khususnya dari UiTM.
Dalam pada itu, saya juga amat gembira dapat bertemu dengan Wan Yusmilatun Wan Yusoff, alumni UiTM bidang kulinari tahun 2013. Cik Yus kini bertugas di Rumah Malaysia di Kanada. Terima Kasih kepada PYT Datin Paduka Anizan, Cik Wan Intan Safinaz Wan Mohd Yusof, Cik Yus serta pegawai-pegawai yang memberikan layanan terbaik dan mesra.
Ya Allah, telah Engkau kurniakan rezeki untuk kami menguruskan MoU dengan institusi luar negara. Tanamkanlah kesungguhan untuk kami melaksanakannya seperti yang dijanji. Permudahkanlah Ya Allah setiap aturan, setiap langkah, tindakan dan usaha bagi kami mencapai hasrat membangun dan memajukan ummah dan bangsa. Berkatilah ilmu yang diperolehi oleh semua delegasi UiTM dalam siri latihan dan jaringan antarabangsa demi menyediakan “UiTM Next Phase” untuk dikenali diseluruh dunia.

Source


Collection

Citation

“Closer Ties With Malaysian Embassies Around The World Are Essential For Improving UiTM'S Visibility.,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 28, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/313.

Output Formats